Thursday, August 8, 2013

Biografi tokoh tokoh islam singkat part 2

Biografi tokoh islam singkat part 2 adalah postingan dari sambungan biografi tokoh islam singkat.
harapan saya agar generasi islam mengetahui bagai mana para tokoh tokoh islam dalam memperjuangkan syariat dan akidah islam.
mari kita simak dan semoga bermanfa'at.


‏أَبُو بَكر الرَّازِي (864-923 م)‏
‏مِن أَعظَمِ أَطِبَّاءِ الإِسلَامِ وَفَلَاسِفَتِهِم، بَرَعَ فِي الكِيميَاءِ وَالمُوسِيقَى وَنَظمِ الشِّعرِ وَالفَلَكِ، تَصَانِيفُهُ كَثِيرَةٌ أَنَافَت عَن المِائَتَي كِتَابٍ نِصفُهَا فِي الطِّبِّ، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “الحَاوِي” وَرِسَالَةُ “الجُدَرِي وَالحَصبَةِ. “‏

Abu Bakar Ar-Razi (864-923 Masehi) : Tergolong di antara doktor-doktor dan ahli-ahli falsafah Islam yang terkemuka. Beliau sangat mahir di dalam bidang ilmu kimia, musik, mengarang syair dan astronomi. Beliau juga telah mengarang lebih dari 200 buah buku dan sebahagian darinya berkenaan dengan kedoktoran. Di antara buku-buku yang termasyhur ialah, “Al-Hawi” dan risalah “Al-Judari wa Al-Hasbah” (penyakit cacar dan campak).

‏أَبُو بَكرٍ الكَرخِيُّ (تُوُفِّيَ 1020 م)‏
‏عَالِمٌ رِيَاضِيٌّ مُسلِمٌ، مِن أَهلِ بَغدَادَ، لَهُ مُصَنَّفَاتٌ عَدِيدَةٌ فِي الجَبرِ وَالحِسَابِ، مِن أَهَمِّهَا كِتَابُ الكَافِي فِي الحِسَابِ.‏

Abu Bakar al-Karkhi (meninggal dunia pada tahun 1020 Masehi) : Ahli matematik Islam, tinggal di Baghdad. Kebanyakan karangan-karangan beliau adalah
dalam bidang aljabar dan aritmetik. Di antara yang terkenal ialah, “Al-Kafi” [memadai] dalam bidang aritmetik.

‏أَبُو تَمَّامٍ (788-845 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ مِن الدَّولَةِ العَبَّاسِيَّةِ، بَلَغَ مِن الشِّعرِ مَبلَغًا لَم يُزَاحِمهُ فِيهِ أَحَدٌ، اِمتَازَ بِخَيَالِهِ الوَاسِعِ، ضَمَّنَ شِعرَهُ الكَثِيرَ مِن الحِكَمِ وَالأَمثَالِ، لَهُ عِدَّةُ دَوَاوِينَ مِن أَشهَرِهَا تِلكَ الَّتِي أَنشَدَهَا بَعدَ اِنتِصَارِ المُعتَصِمِ فِي وَقعَةِ “عَمُورِيَّة. “‏

Abu Tammam (788 – 845 Masehi) : Penyair Arab di zaman Abbasiah. Syair beliau mencapai tahap kecemerlangan paling tinggi dan tidak dapat ditandingi, mempunyai kelebihan melalui khayalan beliau yang meluas. Syair-syair beliau banyak mengandungi kata-kata hikmat dan perumpamaan. Beliau mempunyai beberapa buah dewan (antologi) syair dan di antara yang termasyhurnya ialah yang dialunkan setelah kemenangan Khalifah al-Muktasim di dalam peperangan Amuriah.

‏أَبُو جَعفَرٍ الخَازِنُ (تُوُفِّيَ 1010 م)‏
‏مِن كِبَارِ الفَلَكِيِّينَ فِي الإِسلَامِ عَالِمٌ بِالرِّيَاضِيَّاتِ وَالهَندَسَةِ أَلَّفَ أَكثَرَ مِن أَربَعِ كُتُبٍ مِن أَهَمِّهِم “المَسَائِلُ العَدَدِيَّةُ. “‏

Abu Jaafar al-Khazin (meninggal dunia pada tahun 1010 Masehi) : Salah seorang ahli astronomi Islam yang terkemuka. Beliau sangat alim di dalam matematik dan geometri (kajiukur). Beliau juga telah mengarang lebih dari empat buah buku dan di antara yang terpenting ialah “Al-Masa’il Al-Adadiah”.


‏أَبُو جَعفَرٍ الطُّوسِيُّ (995-1067 م)‏
‏مُفَسِّرٌ وَفَقِيهٌ شِيعِيٌّ مُؤَسِّسُ جَامِعَةِ النَّجَفِ تَعَرَّضَت كُتُبُهُ لِلتَّلَفِ عِدَّةَ مَرَّاتٍ مِن أَشهَرِ تَصَانِيفِهِ “البَيَانُ الجَامِعُ لِعُلُومِ القُرآنِ” وَ”الحَدِيثُ عِندَ الشِّيعَةِ. “‏

Abu Jaafar at-Tusi (995-1067 M) : Pentafsir dan ahli fiqh golongan Syiah, pengasas universiti An-Najaf. Buku-buku beliau hampir musnah beberapa kali dan di antara karangan beliau yang termasyhur ialah, “Al-Bayan Al-Jami’ Li Ulum Al-Quran” [uraian menyeluruh terhadap ulum al-Quran] dan “Al-Hadis Inda Asy-Syiah” [hadis di sisi Syiah].

‏أَبُو حَامِد الغَزَالِيُّ (تُوُفِّيَ 1111 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ وَعَالِمٌ مُسلِمٌ، لُقِّبَ بِ “حُجَّةِ الإِسلَامِ”، لَهُ أَكثَرُ مِن أَربَعَةَ عَشَرَ مُؤَلَّفًا، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “إِحيَاءُ عُلُومِ الدِّينِ. “‏

Abu Hamid Al-Ghazali (meninggal dunia pada tahun 1111 Masehi) : Ahli falsafah dan ulama Islam, digelarkan dengan “Hujjatul Islam” [Pakar dalam Islam]. Beliau mempunyai lebih dari empat belas buah karangan dan di antara buku-buku beliau ialah “Ihya’ Ulum Ad-Din”.

‏أَبُو حَنِيفَةَ الدِّينَوَرِيُّ (تُوُفِّيَ 895 م)‏
‏مُهَندِسٌ وَمُؤَرِّخٌ وَفَيلَسُوفٌ وَعَالِمُ نَبَاتٍ عَرَبِيٌّ، قَالَ عَنهُ أَبُو حَيَّان التَّوحِيدِيُّ أَنَّهُ جَمَعَ بَينَ حِكمَةِ الفَلَاسِفَةِ وَبَيَانِ العَرَبِ. وَلَهُ فِي كُلِّ فَنٍّ سَاقٌ وَقَدَمٌ وَرِوَاءُ وَحِكَمٌ. صَنَّفَ مَا يَربُو عَن العَشرِ كُتُبٍ.‏

Abu Hanifah ad-Dainawari (meninggal dunia pada tahun 895 Masehi) : Jurutera, ahli sejarah, ahli falsafah dan saintis dalam bidang tumbuhan, berbangsa Arab. Abu Hayyan at-Tauhidi berkata: Beliau telah mengumpulkan di antara kata-kata hikmat ahli falsafah dan kefasihan bahasa Arab. Beliau memiliki kemahiran dalam segala bidang ilmu. Beliau juga telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku.

‏أَبُو حَيَّانَ التَّوحِيدِيُّ (تُوُفِّيَ 1010 م)‏
‏كَاتِبٌ وَفَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ مُعتَزِلِيٌّ مُتَصَوِّفٌ، مِن أَهلِ العَدلِ وَالتَّوحِيدِ، صَاحِبُ طِرَازٍ فَرِيدٍ فِي الكِتَابَةِ.‏

Abu Hayyan at-Tauhidi (meninggal dunia pada tahun 1010 Masehi) : Penulis dan ahli falsafah bangsa Arab yang berpegang dengan pegangan Muktazilah, sangat terkenal dengan keadilan dan berpegang teguh dengan ketauhidan Allah. Beliau mempunyai gaya tersendiri yang tidak dapat ditandingi di dalam bidang penulisan.

أَبُو دَاوُدَ السِّجِستَانِيُّ (817-889 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الحَدِيثِ، لَهُ كِتَابُ “السُّنَنِ”، مِن الصِّحَاحِ السِّتَّةِ.‏

Abu Daud as-Sijastani (meninggal dunia pada tahun 817-889 M) : Salah seorang imam dalam bidang hadis. Beliau mempunyai kitab “As-Sunan” yang tergolong di antara enam buah kitab hadis sahih.

‏أَبُو ذُؤَيب الهُذَلِيُّ (تُوُفِّيَ 648 م)‏
‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ فَحلٌ مُخَضرَمٌ، اِشتَرَكَ فِي فَتحِ إِفرِيقِيَّةَ “تُونُسُ الحَالِيَّةُ. “‏

Abu Zuaib al-Huzali (meninggal dunia pada tahun 648 M) : Penyair Islam yang hebat dan hidup di dalam dua generasi. Beliau telah mengambil bahagian di dalam pembukaan Afrika “Tunisia sekarang”.

‏أَبُو زَيدٍ البَلخِيٌّ (850-934 م)‏
‏عَالِمٌ فِي الفَلسَفَةِ وَالجُغرَافِيَا مُسلِمٌ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن أَربَعَةَ عَشَرَ كِتَابًا، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “صُوَرُ الأَقَالِيمِ. “‏

Abu Zaid al-Balkhi (850-934 M): Ahli dalam filsafat dan geografi, telah mengarang lebih dari empat belas buah buku, dan bukunya yang terkenal adalah “Shuwar al-Aqaliim”.

‏أَبُو سُلَيمَانَ المَنطِقِيُّ (تُوُفِّيَ 990 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ وَعَالِمُ مَنطِقٍ عَرَبِيٌّ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَهَمِّهَا “صُوَانُ الحِكمَةِ” سَجَّلَ فِيهِ تَارِيخَ الفَلسَفَةِ اليُونَانِيَّةِ وَالإِسلَامِيَّةِ.‏

Abu Sulaiman al-Mantiqi (meninggal dunia pada tahun 990 Masehi) : Ahli falsafah berbangsa Arab dan mahir di dalam ilmu mantiq. Beliau telah mengarang beberapa buah buku dan yang terkenalnya ialah, “Siwan Al-Hikmah” [pemelihara hikmat], di dalamnya mencatatkan sejarah falsafah Yunani dan falsafah Islam.

‏أَبُو عَبدِ اللَّهِ الإِدرِيسِيُّ (1100-1165 م)‏
‏رَحَّالَةٌ مَغرِبِيٌّ، عَالِمٌ بِالجُغرَافِيَا وَالطِّبِّ، مُؤَلَّفَاتُهُ مِن أَشهَرِ كُتُبِ الجُغرَافِيَا القَدِيمَةِ وَقَد تُرجِمَت إِلَى عِدَّةِ لُغَاتٍ أُورُوبِّيَّةٍ.‏

Abu Abdullah al-Idrisi (1100-1165 Masehi) : Seorang pengembara dari Morocco yang pakar dalam bidang geografi dan kedoktoran. Beliau telah mengarang beberapa buah dan di antara buku-buku yang termasyhurnya ialah buku geografi lama dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa Eropa.

‏أَبُو عُثمَانَ المَازِنِيُّ (تُوُفِّيَ 863 م)‏
‏لُغَوِيٌّ بَصرِيٌّ، مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ، كَانَ وَرِعًا وَتَقِيًّا، لَهُ أَكثَرُ مِن سِتَّةِ مُصَنَّفَاتٍ مِن أَهَمِّهَا “التَّصرِيفُ. “‏

Abu Othman al-Mazini (meninggal dunia pada tahun 863 Masehi) : Seorang pakar bahasa dari Basrah, tergolong di antara ulama bahasa Arab yang terkemuka. Seorang yang wara’ dan penuh ketakwaan. Beliau mempunyai lebih dari enam buah karang dan di antara yang terpentingnya ialah “At-Tasrif”.

‏أَبُو عَلِيٍّ الخَيَّاطُ (تُوُفِّيَ 835 م)‏
‏فَلَكِيٌّ عَرَبِيٌّ مِن أَشهَرِ الفَلَكِيِّينَ فِي تَارِيخِ الإِسلَامِ، تُرجِمَت بَعضُ كُتُبِهِ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏

Abu Ali al-Khayyat (meninggal dunia pada tahun 835 Masehi) : Ahli astronomi berbangsa Arab dan di antara ahli falak (astronomi) yang termasyhur di dalam sejarah Islam. Ahli-ahli astronomi Eropa mengenali beliau dengan nama al-Bohali. Setengah dari buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

‏أَبُو فِرَاسٍ الحَمدَانِيُّ (932-968 م)‏
‏أَمِيرٌ وَشَاعِرٌ وَفَارِسٌ، لَهُ وَقَائِعُ كَثِيرَةٌ، تَقَلَّدَ منبجا وَحَرَّانَ، أَسَرَهُ الرُّومُ فَنَظَمَ أَشهَرَ قَصَائِدِهِ “الرُّومِيَّاتِ. “‏

Abu Firas al-Hamdani (932-968 Masehi) : Seorang Amir, penyair dan pahlawan berkuda. Beliau pernah terlibat di dalam beberapa peperangan. Menjadi gubenur di Minbaja dan Harran. Beliau pernah ditawan oleh tentera Roma di mana dari itulah beliau telah menghasilkan qasidah yang paling masyhur “Ar-Romiyyat” (Wanita-wanita Rom).

‏أَبُو كَامِلٍ (تُوُفِّيَ 951 م)‏
‏(شُجَاعُ بنُ أَسلَمَ)، مُهَندِسٌ وَعَالِمُ حِسَابٍ مِصرِيٌّ، اشتَهَرَت مُؤَلَّفَاتُهُ فِي أُورُوبَّا.‏

Abu Kamil (meninggal dunia pada tahun 951 Masehi) : (Syuja’ bin Aslam), seorang pakar matematik dari Mesir. Karangan-karangan beliau sangat terkenal di Eropa.

‏أَبُو مِحجَن الثَّقَفِيُّ (تُوُفِّيَ 650 م)‏
‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ وَفَارِسٌ شُجَاعٌ،أَبلَى بَلَاءً حَسَنًا فِي مَعرَكَةِ القَادِسِيَّةِ، أَشهَرُ شِعرِهِ فِي المَفَاخِرِ.‏

Abu Mihjan Ath-Thaqafi (meninggal dunia pada tahun 650 Masehi) : Seorang penyair Islam dan pahlawan berkuda yang berani, pernah mengambil bahagian di dalam peperangan al-Qadisiah. Syair beliau yang termasyhur adalah syair kemegahan.

‏أَبُو مَعشَرٍ البَلخِيُّ (تُوُفِّيَ 788-886 م)‏
‏عَالِمٌ فَلَكِيٌّ، لَهُ دِرَاسَاتٌ فِي تَأثِيرِ النُّجُومِ فِي حَيَاةِ الإِنسَانِ، مُكتَشِفُ حَقِيقَةٍ عِلمِيَّةٍ تَتَعَلَّقُ بِالمَدِّ وَالجَزرِ، نَاقَشَ العَدِيدَ مِن الأَفكَارِ فِي مُؤَلَّفَاتِهِ.‏

Abu Ma’syar al-Balakhi (788-886 Masehi) : Seorang pakar astronomi. Beliau pernah mempelajari bahawa bintang-bintang memberi kesan dalam kehidupan manusia dan menemui fakta berhubung dengan pasang dan surut air. Beliau membincangkan pelbagai permasalahan di dalam karangan-karangannya.

‏أَبُو مَنصُورٍ الثَّعَالِبِيُّ (961-1038 م)‏
‏أَدِيبٌ وَلُغَوِيٌّ وَمُؤَرِّخٌ مِن الدَّولَةِ العَبَّاسِيَّةِ، صَنَّفَ كَثِيرًا مِن كُتُبِ الأَدَبِ وَالتَّارِيخِ وَاللُّغَةِ تَزِيدُ عَلَى التِّسعِينَ كِتَابًا مِن أَهَمِّهَا “يَتِيمَةُ الدَّهرِ فِي شُعَرَاءِ أَهلِ العَصرِ. “‏

Abu Mansur ath-Tha’alibi (961-1038 Masehi) : Sasterawan, pakar bahasa dan ahli sejarah pada masa pemerintahan kerajaan Abbasiah. Beliau banyak menulis buku-buku berkenaan dengan sastera, sejarah dan bahasa. Karangan-karangan beliau lebih dari sembilan puluh buah buku dan di antara yang terpenting ialah “Yatimatu Ad-Dahri Fi Syu’ara’ Ahli Al-Asri”.

‏أَبُو نَصر الفَارَابِي (878-950 م)‏
‏مِن أَعظَمِ فَلَاسِفَةِ المُسلِمِينَ، كَانَ عَالِمًا بِالمَنطِقِ وَالرِّيَاضِيَّاتِ وَالمُوسِيقَى، حَاوَلَ التَّوفِيقَ بَينَ الشَّرِيعَةِ الإِسلَامِيَّةِ وَالفَلسَفَةِ اليُونَانِيَّةِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن مِائَةِ كِتَابٍ.‏

Abu Nasru al-Farabi (878-950 Masehi) : Salah seorang ahli falsafah Islam yang terkenal dan pakar dalam ilmu mantiq, matematik dan musik. Beliau telah mencoba membuat penyesuaian di antara syariat Islam dan falsafah Yunani, beliau juga telah mengarang lebih dari seratus buah buku.

‏أَبُو نُوَاسٍ (757-814 م)‏
‏مِن أَكبَرِ الشُّعَرَاءِ فِي تَارِيخِ الأَدَبِ العَرَبِيِّ، شَاعِرُ العِرَاقِ فِي عَصرِهِ، أَوَّلُ مَن نَهَجَ فِي الشِّعرِ طَرِيقَتَهُ الحَضَرِيَّةَ وَأَخرَجَهُ مِن اللَّهجَةِ البَدَوِيَّةِ‏

Abu Nuwas (757-814 Masehi) : Salah seorang penyair terkenal di dalam sejarah kesusasteraan Arab dan merupakan penyair Iraq pada zamannya. Beliau adalah orang pertama yang mencipta syair mengikut cara modern serta menjauhi dari menggunakan dialek badawi.

‏أَبُو هِلَال العَسكَرِي (تُوُفِّيَ 1005 م)‏
‏أَدِيبٌ وَشَاعِرٌ عَرَبِيٌّ، مِن أَكبَرِ عُلَمَاءِ البَلَاغَةِ، لَهُ أَكثَرُ مِن عَشرَةِ مُؤَلَّفَاتٍ، صَاحِبُ “كِتَابِ الصِّنَاعَتَينِ: النَّظمِ وَالنَّثرِ. “‏

Abu Hilal al-Askari (meninggal dunia pada tahun 1005 Masehi) : Sastrawan dan penyair berbangsa Arab serta salah seorang di antara pakar ilmu balaghah. Beliau mempunyai lebih dari sepuluh buah karangan dan beliau juga adalah pengarang buku “Kitab As-Sina’atain: An-Nazmu Wa An-Nathru”.

‏أَحمَدُ اليَعقُوبِي (تُوُفِّيَ 905 م)‏
‏جُغرَافِيٌّ وَمُؤَرِّخٌ بَغدَادِيٌّ كَثِيرُ الأَسفَارِ، أَلَّفَ ثَلَاثَةَ كُتُبٍ وَلَكِنَّهُ اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “البُلدَان” الَّذِي دَوَّنَ فِيهِ مُلَاحَظَاتِهِ فِي التَّارِيخِ وَالِاجتِمَاعِ وَالأَدَبِ عَن البِلَادِ الَّتِي زَارَهَا.‏

Ahmad al-Yaakubi (meninggal dunia pada tahun 905 Masehi) : Pakar geografi dan sejarah dari Baghdad dan banyak mengembara. Beliau telah mengarang tiga buah buku tetapi terkenal melalui bukunya, “Al-Buldan”, di mana beliau mencatatkan tentang sejarah, kemasyarakatan dan kebudayaan negeri-negeri yang telah dilawatinya.

‏أَحمَدُ بنُ عَرَبشَاه (تُوُفِّيَ 1388-1450 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَرَحَّالَةٌ دِمَشقِيٌّ، لَهُ مُصَنَّفَاتٌ بِالعَرَبِيَّةِ وَالفَارِسِيَّةِ وَالتُّركِيَةِ.‏

Ahmad bin Arabsyah (1388-1450 Masehi) : Pakar sejarah dan pengembara dari Damaskus. Beliau telah mengarang beberapa buah buku di dalam bahasa Arab, Fersi dan Turki.

‏أَحمَد تَيمُور (1871-1930 م)‏
‏أَدِيبٌ، بَاحِثٌ وَمُؤَرِّخٌ مِصرِيٌّ، مِن عُلَمَاءِ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ، صَنَّفَ مَا يَقرُبُ مِن الأَربَعِينَ كِتَابًا.‏

Ahmad Taimur (1871-1931 Masehi) : Sasterawan, penyelidik dan ahli sejarah dari Mesir. Tergolong di antara pakar bahasa Arab. Beliau telah mengarang hampir empat puluh buah buku.
‏أَحمَد شَوقِي (1868-1932 م)‏
‏شَاعِرٌ مِصرِيٌّ، مِن أَشهَرِ شُعَرَاءِ العَصرِ الحَدِيثِ، لُقِّبَ بِأَمِيرِ الشُّعَرَاءِ،عَالَجَ فِي شِعرِهِ أَكثَرَ فُنُونِ الشِّعرِ.‏

Ahmad Syauqi (1868-1932 Masehi) : Seorang penyair dari Mesir, tergolong di antara para penyair zaman moden yang termasyhur dan diberi gelaran, amir (ketua) para penyair. Syair beliau mengatasi kebanyakan seni-seni syair.

‏أَحمَدُ فَارِس الشِّديَاق (1804-1888 م)‏
‏أَدِيبٌ وَلُغَوِيٌّ لُبنَانِيٌّ، مِن رُوَّادِ الصَّحَافَةِ العَرَبِيَّةِ، مُؤَسِّسُ جَرِيدَةِ “الجَوَائِبِ”، لَهُ مَا يَربُو عَن العَشرِ مُؤَلَّفَاتٍ.‏

Ahmad Faris asy-Syidyaq (1804-1888 Masehi) : Sasterawan dan pakar bahasa dari Libanon. Tergolong di antara pelopor kewartawanan dalam bahasa Arab. Pengasas akhbar “Al-Jawa’ib”. Beliau telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku.

إِسمَاعِيلُ أَبُو الفِدَاءِ (1273-1331 م)‏
‏أَمِيرٌ عَرَبِيٌّ، مُؤَرِّخٌ وَجُغرَافِيٌّ شَهِيرٌ.‏

Ismail Abu al-Fida’ (1273-1331 Masehi) : Raja, ahli sejarah dan ahli geografi yang terkemuka.

‏اِبنُ آجُرُّومٍ (تُوُفِّيَ 1323 م)‏
‏أَبُو عَبدِ اللَّهِ الصَّنهَاجِيُّ، عَالِمُ نَحوٍ مَغرِبِيٌّ، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “المُقَدِّمَةُ الآجُرُّومِيَّةُ فِي عِلمِ العَرَبِيَّةِ. “‏

Ibnu Ajurrum (723 Hijrah, 1323 Masehi) : Abu Abdullah as-Sanhaji, pakar nahu bahasa Arab dari Morocco. Beliau terkenal dengan bukunya, “Al-Muqaddimah Al-Ajurrumiah Fi Ilmi Al-Arabiah”.

‏اِبنُ أَبِي الرِّجَالِ (تُوُفِّيَ 1040 م)‏
‏فَلَكِيٌّ وَرِيَاضِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، اشتَهَرَ عِندَ عُلَمَاءِ الغَربِ بِكِتَابِهِ “البَارِعِ فِي أَحكَامِ النُّجُومِ”، تُرجِمَت أَعمَالُهُ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏

Ibnu Abi ar-Rijal (meninggal dunia pada tahun 1040 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan matematik dari Andalusia. Beliau terkenal di kalangan ulama Arab dengan buku, “Al-Bari’ Fi Ahkam An-Nujum”. Hasil-hasil karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

‏اِبنُ أَبِي الشُّكرِ (تُوُفِّيَ 1281 م)‏
‏فَلَكِيٌّ أَندَلُسِيٌّ مِن أَهلِ قُرطُبَةَ، عَمِلَ مَعَ نَصِيرِ الدِّينِ الطُّوسِيِّ فِي مَرصَدِ مَرَاغَةَ، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ مِن أَشهَرِهَا “الأَربَعُ مَقَالَاتٍ فِي النُّجُومِ. “‏

Ibnu Abi asy-Syukri (meninggal dunia pada tahun 1281 Masehi) : Seorang ahli astronomi dari Andalusia yang tinggal di Cordova (Qurtubah). Beliau berkerja bersama Nusair ad-Din at-Tausi di balai meneropong Maraghah. Beliau juga telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku dan di antara yang termasyhur ialah, “Al-Arba’ Maqalat Fi An-Nujum”, (Empat makalah tentang bintang).

‏اِبنُ أَبِي صَادِقٍ (تُوُفِّيَ 1077 م)‏
‏طَبِيبٌ وَفَيلَسُوفٌ مِن أَهلِ نَيسَابُور، تِلمِيذُ اِبنِ سِينَا، شَرَحَ مُؤَلَّفَاتِ أَبُقرَاطَ وَجَالِينِيس، يُلَقَّبُ بِسُقرَاط الثَّانِي.‏

Ibnu Abi Sadiq (meninggal dunia pada tahun 1077 Masehi) : Seorang doktor dan ahli falsafah dari Naisabur, murid Ibnu Sina. Beliau telah menjelaskan hasil karangan Abuqrat dan Galinis, beliau juga digelar dengan Sokrates Kedua.

‏اِبنُ البَيطَارِ (تُوُفِّيَ 1248 م)‏
‏أَعظَمُ عُلَمَاءِ التَّارِيخِ الطَّبِيعِيِّ فِي القُرُونِ الوُسطَى، عَالِمُ نَبَاتٍ أَندَلُسِيٌّ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن سِتِّ كُتُبٍ مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “الجَامِعِ لِمُصَنَّفَاتِ الأَدوِيَةِ وَالأَغذِيَةِ. “‏

Ibnu al-Baitar (meninggal dunia pada tahun 1248 Masehi) : Pakar terkemuka di dalam sejarah biologi pada kurun pertengahan dan pakar di dalam bahagian botani (kaji tumbuhan) di Andalusia. Beliau telah mengarang lebih dari enam buah buku manakala yang termasyhurnya ialah “Al-Jami’ Limusannafaat Al-Adwiah Wa Al-Aghziah”. [Himpunan Buku-buku Mengenai Ilmu obat-obatan dan Makanan].

‏اِبنُ الجَوزِيِّ (1120-1200 م)‏
‏فَقِيهٌ وَمُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ، صَنَّفَ مَا يَقرُبُ مِن عِشرِينَ كِتَابًا فِي شَتَّى فُرُوعِ المَعرِفَةِ، مِن آثَارِهِ “المُنتَظِم فِي تَارِيخِ الأُمَم. “‏


Ibnu al-Jauzi (1120-1200 Masehi) : Ulama fiqhh dan ahli sejarah berbangsa Arab. Beliau telah mengarang hampir dua puluh buah buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, di antaranya ialah, “Al-Muntazim Fi Tarikh Al-Umam”.


Bersambung ke : Biografi tokoh tokoh islam singkat part 3

No comments:

Post a Comment