Saturday, June 29, 2013

Biografi tokoh tokoh islam singkat

أَبُو الأَسوَدِ الدُّؤَلِيُّ (605-688 م)‏

‏مِن التَّابِعِينَ، وَلِيَ إِمَارَةَ البَصرَةِ فِي عَهدِ عَلِيِّ بنِ أَبِي طَالِب وَكَانَ شَاعِرًا وَنَحوِيًّا عَرَبِيًّا، يُعتَبَرُ وَاضِعَ عِلمِ النَّحوِ العَرَبِيِّ وَقَوَاعِدِهِ، كَانَ مَعدُودًا مِنالفُقَهَاءِ وَكَانَ خَطِيبًا عَالِمًا.‏


Abu al-Aswad ad-Du’ali (605-688 Masehi) : Salah seorang Tabi’in. Beliau pernah dilantik menjadi gabenur Basrah pada zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau adalah seorang penyair terkenal dan pakar bahasa Arab, dianggap salah seorang pengasas ilmu nahu dan qawaid (kaedah) bahasa Arab. Beliau juga merupakan ahli fiqh, khatib serta alim.

أَبُو الحَسَنِ الأَشعَرِيُّ (تُوُفِّيَ 936 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ المُتَكَلِّمِينَ، وَازَنَ بَينَ أَدِلَّةِ الفُقَهَاءِ وَآرَاءِ المُعتَزِلَةِ، يُنسَبُ إِلَيهِ مَذهَبُ الأَشَاعِرَةِ، أَلَّفَ حَوَالِي تِسعَةِ كُتُبٍ، مِن مُؤَلَّفَاتِهِ “الإِبَانَةُ عَن أُصُولِ الدِّيَانَةِ. “‏


Abu al-Hasan al-Asy’ariy (Meninggal dunia pada tahun 963 Masehi) : Di antara imam dalam ilmu usuluddin, beliau telah membuat perbandingan di antara dalil-dalil (pendapat) ahli fiqh dan mu’tazilah. Pengasas mazhab al-Asyaa’irah, beliau telah mengarang 9 buah kitab dan di antara karangan beliau ialah: “Al-Ibanah An Usul Ad-Diyaanah” (Penjelasan terhadap dasar2 agama)

أَبُو الحَسَنِ المَسعُودِيُّ (تُوُفِّيَ 957 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَجُغرَافِيٌّ وَرَحَّالَةٌ بَغدَادِيٌّ، رَحَلَ إِلَى بِلَادٍ كَثِيرَةٍ ثُمَّ اِستَقَرَّ فِي مِصرَ حَتَّى وَفَاتِهِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ تُنَاقِشُ تَارِيخَ الأُمَمِ. كُتُبُهُ عَلَى قَدرٍ كَبِيرٍ مِن الأَهَمِّيَّةِ.‏


Abu al-Hasan al-Mas’udi (meninggal dunia tahun 957 Masehi) : Pengkaji sejarah, geografi dan penjelajah dari Baghdad. Beliau telah menjelajah ke beberapa buah negeri sebelum menetap di Mesir sehingga meninggal dunia di sana. Beliau juga telah mengarang lebih dari 10 buah buku mengenai sejarah berbagai bangsa. Buku-buku beliau banyak memberikan banyak manfaat.

أَبُو الرَّيحَانِ البَيرُونِيُّ (973-1048 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَرِيَاضِيٌّ وَعَالِمُ فَلَكٍ عَرَبِيٌّ وَجُغرَافِيٌّ وَطَبِيبٌ وَصَيدَلِيٌّ، مِن أَعظَمِ عُلَمَاءِ الإِسلَامِ، وَقَد وُصِفَ بِأَنَّهُ أَعظَمُ عَقلِيَّةٍ عَرَفَهَا التَّارِيخُ، وَهُوَ أَوَّلُ مِن قَالَ إِنَّ الأَرضَ تَدُورُ حَولَ مِحوَرِهَا، صَنَّفَ كُتُبًا تَربُو عَن المِائَةِ وَالعِشرِينَ.‏


Abu ar-Raihan al-Bairuni (973-1048 Masehi) : Seorang pakar sejarah, matematik, astronomi, geografi, kedoktoran dan farmasi bangsa Arab. Salah seorang alim ulama Islam yang terkenal. Mengikut sejarah, beliau merupakan seorang ahli sains terkenal dan orang pertama yang menyatakan bahawa bumi beredar mengelilingi poros. Beliau telah mengarang lebih dari 120 buah buku.


‏أَبُو الطَّيِّبِ المُتَنَبِّي ( 915-965 م)‏
‏مِن كِبَارِ شُعَرَاءِ العَرَبِ، إِمَامُ الطَّرِيقَةِ الإِبدَاعِيَّةِ فِي الشِّعرِ العَرَبِيِّ، اِشتَهَرَ بِقَصَائِدِ المَدِيحِ وَالحِكمَةِ وَحُبِّهِ لِلمُغَامَرَةِ، يَعُدُّهُ العَرَبُ أَشعَرَ الإِسلَامِيِّينَ.‏

Abu at-Tayyib al-Mutanabbi (915-965 Masehi) : Beliau di antara penyair Arab yang terkenal, seorang pakar terhadap kaedah mencipta syair Arab. Beliau sangat terkenal dengan qasidah, kata-kata hikmat dan kecintaan terhadap pengembaraan. Orang-orang Arab menganggap beliau sebagai “Penyair Islam yang terkenal”.

‏أَبُو العَتَاهِيَةِ ( 748-825 م)‏
‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ، اِعتَزَلَ الغَزَلَ وَالمَدحَ وَاتَّجَهَ إِلَى الزُّهدِ، كَانَ لَهُ مَكَانَةٌ عَالِيَةٌ عِندَ هَارُونَ الرَّشِيدِ.‏

Abu al-Atahiah (748-825 Masehi) : Seorang penyair Islam, Syair berbentuk asmara dan puji-pujian ditinggalkan dan menitikberatkan kepada kezuhudan. Belaiu mendapat sanjungan yang tinggi di sisi Khalifah Harun ar-Rasyid.

‏أَبُو العَلَاءِ المَعَرِّي ( 973-1057 م)‏
‏شَاعِرٌ وَفَيلَسُوفٌ مُسلِمٌ، كَانَ عَالِمًا بِالأَديَانِ وَالمَذَاهِبِ وَفِي عَقَائِدِ الفِرَقِ وَكَانَ آيَةً فِي مَعرِفَةِ التَّارِيخِ وَالأَخبَارِ، عَاشَ زَاهِدًا، دَعَا نَفسَهُ “رَهِينَ المَحبَسَينِ”، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن سَبعِينَ كِتَابًا وَالعَدِيدَ مِن الدَّوَاوِينَ الشِّعرِيَّةِ، تُرجِمَت كُتُبُهُ إِلَى لُغَاتٍ كَثِيرَةٍ.‏

Abu al-Ala’ Al-Ma’arri (973-1057 Masehi) : Seorang penyair dan ahli falsafah Islam. Alim dalam bidang agama, mazhab-mazhab dan pegangan setiap kumpulan agama. Seorang yang sangat mahir dalam bidang sejarah. Hidup di dalam kezuhudan dan menggelarkan dirinya sebagai “Tawanan di dalam dua penjara”. Beliau telah mengarang lebih dari 70 buah buku dan beberapa buah antologi (diwan) syair. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa.

‏أَبُو الفَرَجِ الأَصفَهَانِيِّ ( 897-967 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الأَدَبِ وَالتَّارِيخِ وَاللُّغَةِ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَهَمِّهَا كِتَابُ “الأَغَانِي”، دَوَّنَ فِيهِ التَّارِيخَ بِأُسلُوبٍ دَقِيقٍ.‏

Abu al-Faraj al-Asbahani (897-967 Masehi) : Di antara pakar-pakar terkemuka di dalam bidang sastra, sejarah dan bahasa. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab dan yang paling terkenal di antaranya ialah “Al-Aghani” [Lagu-lagu] yang mana beliau mencatatkan tentang sejarah secara saintifik dan terperinci.

‏أَبُو القَاسِمِ الزَّهرَاوِيُّ (1030-1106 م)‏
‏أَكبَرُ الجَرَّاحِينَ العَرَبِ فِي زَمَانِهِ، أَوَّلُ مَن أَلَّفَ فِي الجِرَاحَةِ عِندَ العَرَبِ كَكِتَابِ “التَّصرِيفِ لِمَن عَجَزَ عَن التَّألِيفِ”، اِستَحدَثَ آلَاتٍ جِرَاحِيَّةً كَثِيرَةً، شَمَلَ نُبُوغُ الزَّهرَاوِيِّ كُلَّ فُرُوعِ الطِّبِّ وَالصِّنَاعَاتِ المُلحَقَةِ بِهِ، تُرجِمَت كُتُبُهُ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ وَالعِبرِيَّةِ وَالفَرَنسِيَّةِ وَالإِيطَالِيَّةِ.‏

Abu al-Qasim az-Zahrawi (1030-1106 Masehi) : Di antara pakar-pakar bedah yang paling mahir di negeri-negeri Arab pada zaman beliau. Orang pertama yang mengarang berkenaan dengan pembedahan di kalangan bangsa Arab seperti, “At-Tasrif Liman Ajaz An At-Ta’lif”. Beliau telah mencipta banyak alat-alat pembedahan yang baru. Kelebihan az-Zahrawi merangkumi setiap bentuk ilmu perobatan serta peralatan-peralatannya. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Ibrani, Perancis dan Itali.

‏أَبُو الوَفَاءِ البُوزَجَانِيُّ (940-998 م)‏
‏مُهَندِسٌ فَلَكِيٌّ، أَعظَمُ رِيَاضِيِّي العَرَبِ قَاطِبَةً، أَحَدُ المُتَرجِمِينَ العِظَامِ مِن اليُونَانِيَّةِ، أَلَّفَ حَوَالَي خَمسَةِ كُتُبٍ، مِن آثَارِهِ “الهَندَسَةُ. “‏

Abu al-Wafa’ al-Buzjani (940-998 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan ahli matematik Arab paling terkemuka yang pernah ada. Beliau merupakan salah seorang penterjemah yang mahir dari Yunani (Greece). Beliau telah mengarang kira-kira 5 buah buku dan yang terkenal di antaranya ialah, “Al-Handasah” [geometri].

‏أَبُو بَكرٍ البَيطَارِ (تُوُفِّيَ 1340 م)‏
‏طَبِيبٌ بَيطَرِيٌّ، كَانَ مُدَبِّرًا لِخَيلِ النَّاصِرِ بنِ قَلَاوُونَ، كَانَ عَالِمًا بِأَمرَاضِ الخَيلِ، وَأَودَعَ تَجَارِبَهُ فِي كِتَابِ “كَاشِفِ الوَيلِ فِي مَعرِفَةِ أَمرَاضِ الخَيلِ. “‏

Abu Bakar al-Baitar (meninggal dunia pada tahun 1340 Masehi) : Seorang doktor veterinar (haiwan) dan penjaga kuda milik an-Nasir bin Qalawun, mahir mengenai penyakit-penyakit pada kuda. Beliau telah mencurahkan hasil penyelidikannya di dalam buku, “Kasyifu Al-Waili fi Ma’rifati Amradhi Al-Khaili” (Kajian menyeluruh untuk mengetahui tentang penyakit-penyakit kuda).

‏أَبُو بَكرٍ البَيهَقِيُّ (تُوُفِّيَ 1066 م)‏
‏فَقِيهٌ شَافِعِيٌّ, لَهُ فَضلٌ كَبِيرٌ عَلَى المَذهَبِ الشَّافِعِيِّ لِكَثرَةِ تَصَانِيفِهِ, يُعتَبَرُ مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ الحَدِيثِ, صَنَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ, مِن أَهَمِّ تَصَانِيفِهِ “السُّنَنُ الكُبرَى. “‏

Abu Bakar al-Baihaqi (meninggal dunia pada tahun 1066 Masehi) : Seorang yang faqih dalam mazhab Syafie. Beliau mempunyai kelebihan dalam mazhab Syafie kerana buku-buku karangannya banyak membincangkan kaedah mazhab tersebut. Beliau juga dianggap sebagai ulama besar hadis dan telah mengarang lebih dari 10 buah buku. Di antara yang paling terkenal ialah, “As-Sunan al-Kubra”.

Bersambung ke Biografi tokoh tokoh islam singkat part 2

No comments:

Post a Comment